PENGENALAN PSS SEMESRA

Sekolah : AEA 8007 SMK. Sungai Ranggam

Alamat : Kota Setia, 36810 Kampong Gajah, Perak.

E-mel : aea8007@ppdperaktengah.edu.my

Sesi : Pagi Sahaja

Gred : B

No. Tel : 05-6224350

No. Fax : 05-6225054



STRUKTUR ORGANISASI PSS SEMESRA 2010



Penaung : Puan Hajah Fauziyah binti Ariffin



Penasihat : En. Kamaruddin bin Ramli

Pn. Tengku Rusmawati binti Raja Zaharin

En. Azlan bin Osman

En. Raja Kamarhisham bin Raja Kamaruddin



Pembantu PSS : En. Mohd Hisham bin Hazari



Pengerusi : Nor Asyikin binti Zaini



T. Pengerusi 1 : Nor Ain binti Mohd Nizam



Setiausaha 1 : Nur Salasatulliyani binti Jamaluddin



Setiausaha 2 : Nur Erma Izzaty binti Sahri



Bendahari 1 : Azrul bin Ikhsan



Bendahari 2 : Azizul Hakim bin Md Demyadi



Ahli Jawatankuasa Khas :



Keceriaan : Nur Farhana binti Latiff

Kebersihan : Sheren Aida binti Padzil

Pemprosesan : Azim bin Abdul Aziz

Promosi : Nur Asyikin binti Zaini

Tugas Khas : Azrul bin Ikhsan

Program Sehari Sepatah Kata : Nurul Shamimi binti Nazmi



Ahli Jawatankuasa Tingkatan :



Tingkatan 1 :

Tingkatan 2 : Nor Shahira binti Abdil Rahman

Tingkatan 3 : Nur Rashidahwati binti Ramli

Tingkatan 4 : Azizul Hakim bin Md Demyadi

Tingkatan 5 : Shamsiah binti Jalaluddin



AKTIVITI PSS :



1. Minggu suaikenal kepada murid-murid tingkatan 1.

2. Mensyuarat Agung Pengawas PSS.

3. Mesyuarat Bulanan Pengawas PSS.

4. Penyerahan watikah perlantikan kepada Pengawas PSS

5. Gotong-royong membersihkan PSS, 2 kali sebulan

6. Program Sehari Sepatah Kata

7. Kuiz Migguan PSS

8. Program NILAM

9. Program promosi buku-buku baru oleh Pengawas PSS di tapak perhimpunan.

10. Pertandingan Melukis Poster Bertemakan Membaca.

11. Penghasilan fail tegak oleh Pengawas PSS

12. Bengkel memproses buku-buku baru.

13. Bengkel merawat buku-buku lama & rosak.

14. PSS dibuka pada waktu petang, Isnin hingga Khamis

(3.00 hingga 5.00 petang)

15. Pameran buku-buku sejarah sempena Hari Merdeka.

16. Jamuan akhir tahun & penyampaian sijil.



KEMUDAHAN PSS :



1. PSS INDUK

. Komputer & Internet

. Televisyen (Pendidikan TV9)

· Rak buku (000 hingga 900)

· Rak buku Fiksyen Melayu (FM) & Fiksyen Inggeris

(FI).

· Rak buku-buku rujukan SPM & PMR

· Rak buku-buku redspot

· Penghawa dingin

· Majalah & suratkhabar

· Karel belajar, meja, kerusi & setti.

· Rak soalan SPM & PMR, fail tegak.

· Rak koleksi CDRI.

· Permainan dalam (Catur, Sahibba & Saidina)



2. BILIK TAYANGAN

· Televisyen

· ASTRO

· Alat siaraya, OHP

· Layer putih, radio

· Papan putih

· Penghawa dingin, kerusi

· Kamera digital



JADUAL OPERASI PSS SMK SUNGAI RANGGAM



WAKTU PERSEKOLAHAN:



ISNIN HINGGA KHAMIS

REHAT MENENGAH RENDAH 10.20 PG – 10.40 PG

REHAT MENENGAH ATAS 11.00PG – 11.20PG



JUMAAT

REHAT MENENGAH RENDAH

10.20PG – 10.40PG

REHAT MENENGAH ATAS

10.50PG – 11.10PG



WAKTU PETANG :



ISNIN HINGGA KHAMIS

3.00PTG – 5.00PTG









BARISAN PENDIDIK SEMESRA 2010

BARISAN PENDIDIK SEMESRA 2010

Gambar Aktiviti PSS SEMESRA 2009

Gambar Aktiviti PSS SEMESRA 2009
Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PSS pada 13 Mac 2009

Pelancaran Program NILAM Akademik pada 31 Mac 2009

Pelaksanaan Program NILAM Akademik di dataran perhimpunan pada setiap hari Selasa setiap minggu, pada waktu pertama (7.40-8.20pg). Program berterusan sepanjang tahun 2009.

Thursday, July 24, 2008

GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA


NAMA : KAMARUDDIN BIN RAMLI

GRED : PPPS DG 41

ULASAN :
MENGAJAR MATAPELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5, BERPENGALAMAN MENGURUSKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SELAMA 7 TAHUN, SEJAK TAHUN 2002.







SEJARAH, MISI & OBJEKTIF PSS

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER
SMK. SUNGAI RANGGAM

Pusat Sumber SMK. Sungai Ranggam merupakan sebuah pusat pengembangan ilmu dan nadi bagi sekolah ini. Pusat sumber ini pada awal penubuhannya telah di uruskan oleh sejumlah kecil guru yang berdedikasi dalam membangunkan bilik khas ini.

Ditubuhkan pada tahun 1997, pusat sumber SMK. Sungai Ranggam ini telah di bekalkan dengan sebuah bilik seluas satu kelas. Bermula dengan pembelian sejumlah buku-buku cerita, buku rujukan, majalah dan suratkhabar. Dari tahun ke setahun sehinggalah pada awal Januari 2003, SMK. Sungai Ranggam telah menerima 5 blok baru termasuk sebuah blok bangunan yang dilengkapi dengan sebuah bilik khas untuk pusat sumber.

Terletak di tingkat 1 blok B sekolah, bilik pusat sumber ini telah dilengkapi dengan kemudahan alat penghawa dingin untuk setiap bilik di dalam pusat sumber, seperti di bilik perpustakaan, bilik kerja, bilik penyelenggaraan buku, bilik redspot, rujukan PMR & SPM serta bilik tayangan. Di samping itu juga, kemudahan-kemudahan yang lain seperti kerusi, meja, rak buku, kaunter, almari kabinet, peti cadangan, almari, rak majalah, karel, setti, papan putih, rak kad pinjaman juga telah diterima untuk melengkapkan bilik-bilik di dalam pusat sumber sekolah ini.

Bilik pusat sumber yang baru ini adalah seluas tiga kelas dan bilik tayangan sebesar satu kelas. Tetapi bilik tayangan diasingkan dari bilik pusat sumber. Bilik tayangan berada di tingkat 1, blok D. Walaupun begitu bilik tayangan tetap dibawah pentadbiran dan pengurusan pusat sumber sekolah dan berada dalam satu jawatankuasa induk yang sama.

Setiap jawatankuasa dari segi organisasi jawatankuasa induk, kerja dan pelajar telah ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan pusat sumber ini, setiap guru dan pelajar bersama-sama untuk membangunkan pusat sumber sekolah ini.